Kurt von Schleicher
Kurt von Schleicher

Kurt von Schleicher

Kurt Ferdinand Friedrich Hermann von Schleicher ( listen (bantuan·maklumat); 7 April 1882 – 30 Jun 1934)[1] adalah seorang Jeneral Jerman dan Canselor Jerman yang terakhir dalam Republik Weimar. Seorang penggerak utama dalam usaha tentera Jerman untuk menghindari sekatan Perjanjian Versailles, Schleicher bangkit berkuasa sebagai penasihat rapat Presiden Paul von Hindenburg. Pada tahun 1930 beliau memainkan peranan penting dalam menggulingkan kerajaan Hermann Müller dan pelantikan Heinrich Brüning sebagai Canselor.Bermula tahun 1932 beliau berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet Franz von Papen, orang yang beliau gantikan sebagai Canselor pada 3 Disember. Semasa penggal singkatnya, Schleicher berunding dengan Gregor Strasser mengenai pemisahan Gregor dari Parti Nazi tetapi rancangan mereka gagal. Schleicher kemudian mencadangkan kepada Presiden Hindenburg untuk membubarkan Reichstag dan memerintah seperti diktator de facto, suatu tindakan yang ditolak Hindenburg. Pada 28 Januari 1933, berdepan kebuntuan politik dan kesihatannya yang menurun, Schleicher meletakkan jawatan dan mengesyorkan pelantikan Adolf Hitler sebagai penggantinya. 17 bulan kemudian beliau telah dibunuh atas arahan Hitler semasa peristiwa Malam Pisau Panjang

Kurt von Schleicher

Lahir Kurt Ferdinand Friedrich Hermann von Schleicher
(1882-04-07)7 April 1882
Brandenburg an der Havel, Empayar Jerman
Timbalan Kosong
Pekerjaan Pegawai tentera
Pangkat General der Infanterie
Didahului oleh Wilhelm Groener
Digantikan oleh Werner von Blomberg
Canselor Franz von Papen (1932)
Diri sendiri (1932–1933)
Tahun perkhidmatan 1900–1932
Kesetiaan Empayar Jerman
Republik Weimar
Pertempuran Perang Dunia I
Meninggal dunia 30 Jun 1934(1934-06-30) (umur 52)
Potsdam-Babelsberg, Jerman Nazi
Perkhidmatan/cawangan  Tentera Darat Empayar Jerman
Reichsheer
Presiden Paul von Hindenburg